fbpx

Lelaki sumbat dumbel 2 kilogram dalam rektum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dumbel besi yang disumbat dalam rektum seorang lelaki di Brazil. - Elsevier

BRASILIA – Sekumpulan pakar perubatan di Brazil terkejut apabila menemui sebuah dumbel besi seberat dua kilogram yang disumbat ke dalam rektum seorang lelaki, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Lelaki berusia 54 tahun yang tidak didedahkan itu menunggu dua hari sebelum mendapatkan rawatan selepas gagal mengeluarkan sendiri logam tersebut.

Dia datang ke hospital di Manaus dengan mengadu sakit perut, loya dan tidak boleh membuang air besar.

Doktor mengarahkan lelaki berkenaan menjalani pemeriksaan sinar X selepas tidak dapat mengesan apa-apa punca yang menyebabkan kesakitan yang dialaminya.

Hasil sinaran X mendedahkan bahawa dumbel yang panjangnya hampir 20 sentimeter tersekat di tempat kolon bertemu dengan rektum.

Semasa pembedahan berlangsung, penyepit perubatan tidak berjaya menarik keluar dumbel yang tersekat itu.

Pakar perubatan terpaksa menyeluk rektum pesakit dengan tangan untuk menarik keluar dumbel secara manual.

Kes yang ditulis dalam International Journal of Surgery Case Reports itu turut menyatakan bahawa pembedahan tersebut berjaya dengan pesakit berkenaan dibenarkan keluar selepas tiga hari di hospital.

Doktor berkata, majoriti pesakit yang dirawat dengan objek yang tersekat dalam rektum ialah lelaki berkulit putih, berumur antara 20 dan 40 tahun.

Kepuasan seksual menjadi penyebab paling kerap ditemui dalam kes-kes seumpama itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI