fbpx

Barat kerah tentera ke Ukraine jika Rusia guna senjata kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Angkatan Tentera Britain, James Heappy berkata bahawa semua pilihan tindak balas sudah dibentangkan. – The Sun

LONDON – Menteri Angkatan Tentera Britain, James Heappy menyatakan bahawa negara itu dan sekutu-sekutu Baratnya tidak teragak-agak untuk mengerahkan askar ke Ukraine sekiranya Rusia terbukti menggunakan senjata kimia, lapor akhbar The Sun semalam.

Heappy berkata, semua pilihan sudah dibentangkan dari segi kemungkinan tindak balas yang bakal diambil oleh Barat.

Beliau ketika itu menjawab kepada laporan yang tidak disahkan bahawa tentera Kremlin telah melancarkan serangan biologi ketika mengepung Mariupol.

Malam semalam, ahli parlimen Ukraine, Ivanna Klympush mendedahkan ‘bahan tidak diketahui’ yang telah digunakan sehingga menyebabkan mangsa mengalami serangan pernafasan. 

“Ia berkemungkinan besar senjata kimia. Ini adalah ‘garis merah’ di mana dunia mesti memusnahkan ekonomi despotisme,” kata Klympush.

Tambah Heappy, pelepasan senjata biologi oleh Moscow adalah tidak boleh diterima dan melepasi ‘garisan merah’ bagi Barat.

“Ia bergantung kepada apa yang mereka dilakukan, oleh itu tindak balas yang bakal dilakukan adalah berkadar,’’ kata Heappy. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI