fbpx

Polis Indonesia tahan 92 pelajar ingin sertai demonstrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para pelajar di Tangerang Kota yang ditahan polis sebelum sempat pergi ke Jakarta. – Istimewa

JAKARTA – Polis Indonesia menahan seramai 92 pelajar di Tangerang Kota, Banten, kerana mahu menyertai  demonstrasi yang diadakan di Bangunan  Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Jakarta, semalam, lapor laman berita Detik 

“Bilangan pelajar yang ditahan   bertambah menjadi 92 orang dan kami terus mengenal pasti mereka,” kata Ketua Polis Metro Tangerang Kota, Komisioner Tinggi Komarudin.

Menurut Komarudin, pelajar-pelajar tersebut merancang untuk menanti situasi di Jakarta menjadi semakin sesak dengan peserta demonstrasi sebelum bergerak ke lokasi tersebut.

“Ada antara mereka yang masih bergelar pelajar dan ada yang sudah tamat belajar. Namun, apa yang pasti adalah mereka sendiri tidak jelas mengenai tujuan pergi ke Jakarta,” ujarnya.

Komarudin turut mengesahkan bahawa kesemua pelajar yang ditahan itu tidak membawa senjata tajam. Tujuan mereka menyertai tunjuk perasaan itu juga bukan untuk melaungkan aspirasi, sebaliknya hanya untuk mencetuskan huru-hara.

“Barang-barang yang mereka bawa sama seperti yang dilihat dalam kalangan peserta di Jakarta iaitu bendera merah putih, bendera Sekolah Teknik Menengah dan pelbagai lagi.

“Setakat ini, pos sekatan yang kami lakukan agak berkesan dengan 92 orang dapat ditahan dalam masa sehari,” kata Komarudin.

Dalam pada itu, ribuan pelajar institut pengajian tinggi dari seluruh Indonesia berkumpul di Gedung DPR semalam bagi menuntut beberapa perkara dan menyuarakan aspirasi rakyat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI