fbpx

Penghantar makanan maut rempuh SUV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal dan X70 di lokasi kejadian

KUALA SELANGOR – Seorang  penghantar makanan maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berdekatan sebuah premis jualan kereta di Jalan Persiaran Puncak Alam 6, Puncak Alam di sini, semalam.

Dalam kemalangan pukul 2.15 petang itu, lelaki berusia 26 tahun berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang Honda RS-X sedang menghala ke Saujana Utama, Sungai Buloh.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai memotong sebuah kereta di hadapannya di jalan tersebut.

“Pada waktu itu, sebuah Proton X70 yang berada di laluan bertentangan memasuki premis jualan kereta di kawasan berkenaan.

“Pemandu SUV iaitu wanita berusia 37 tahun menekan brek kecemasan namun gagal dielak mangsa yang kemudian merempuhnya lalu tercampak atas jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Ramli berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat,” ujarnya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan  1987. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI