fbpx

KTMB sedia 100,000 tiket pulang kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hampir 40 peratus tiket telah terjual bagi tempoh 23 April hingga 8 Mei.

PETALING JAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan kira-kira 100,000 tiket bagi perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dan KTM Intercity pada 23 April hingga 8 Mei sempena Aildilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd. Zain Mat Taha berkata, jualan tiket itu membabitkan 32 perkhidmatan ETS serta 22 perkhidmatan KTM Intercity.

Beliau berkata, sehingga 7 April lalu, hampir 40 peratus tiket telah terjual bagi tempoh 23 April hingga 8 Mei .

“Tiket perjalanan pada tarikh 29 April hingga 1 Mei bagi laluan KL Sentral-Padang Besar telah habis dijual.

“Sekiranya jualan tiket menunjukkan trend yang memberangsangkan, KTMB akan mempertimbangkan untuk menyediakan tren tambahan untuk laluan yang mempunyai permintaan yang tinggi,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini semalam.

Mohd. Zain berkata, pihak­nya juga menambah perkhidmatan tren Shuttle Timuran bagi laluan Gemas-Kuala Lipis-Gemas daripada dua kepada empat per­khidmatan sehari bermula 18 April depan.

“Pelanggan juga boleh menikmati diskaun tambang perjalanan berkumpulan seba­nyak 25 peratus melalui Pakej Keluarga Malaysia dengan menggunakan promo kod KMKTMB22,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, kira-kira 240,000 tiket bas daripada keseluruhan 300,000 yang disediakan Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) telah terjual dengan laluan Kota Bharu, Kelantan dan Johor Bahru, Johor paling mendapat sambutan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI