fbpx

[VIDEO] Insiden kenderaan dibakar penternak disiasat polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi sekumpulan individu membakar sebuah MPV.

KEMAMAN – Tindakan sekumpulan lelaki dipercayai penternak lembu membakar sebuah kenderaan pelbagai guna yang disyaki digunakan untuk mencuri haiwan ternakan mereka mungkin membawa padah.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes tersebut.

Dia berkata, berdasarkan maklumat awal, insiden tersebut disyaki berlaku di tepi jalan Felda Bukit Kuantan menghala ke Felda Neram 1, Jabor di sini.

“Kita masih menyiasat punca sebenar kenderaan itu dibakar. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Kesalahan khianat dengan api itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hanyan memberitahu, dakwaan kononnya kenderaan pelbagai guna jenis Honda Odyssey digunakan untuk membawa lembu yang dicuri masih belum dapat dipastikan kerana tiada aduan berhubung kes kecurian haiwan itu diterima setakat ini.

Sebelum ini, tular video berdurasi 40 saat di media sosial sejak kelmarin tentang kemarahan sekumpulan lelaki apabila lembu ternakan mereka dicuri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI