fbpx

Perbahasan RUU Anti Lompat Parti tanpa rehat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat bersetuju supaya perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti hari ini diadakan secara terus tanpa henti rehat.

Perkara tersebut diluluskan menerusi undian suara Ahli Parlimen selepas ia dikemukakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Dewan Rakyat juga bersetuju untuk RUU Anti Lompat Parti dibacakan kali kedua dan ketiga pada persidangan khas Parlimen yang diadakan hari ini.

“Seramai 65 Ahli Parlimen disenaraikan sebagai pembahas. Bagi membolehkan seramai mungkin dapat berbahas saya mohon patuhi masa ditetapkan.

“Peruntukan untuk perbahasan adalah lapan minit untuk ketua parti, manakala lima minit untuk Ahli Parlimen yang lain. Menteri dijangka akan menggulung pada pukul 5 petang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI