fbpx

Pembantu tukang masak mengaku tidak bersalah cubaan bunuh polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Luqman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang pembantu tukang masak sebuah hospital dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Luqman Hakim Mohd. Shukri, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan niat telah melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada Lans Koperal S. K. Acharaa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di susur keluar lorong motosikal Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini kira-kira pukul 1.05 pagi pada 3 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda dan jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan kepada seseorang, maka boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rais Imran Hamid manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian itu, Acharaa, 32, dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian muka selepas dirempuh motosikal jenis Yamaha 125Z yang dipandu seorang lelaki ketika sedang bertugas di sekatan jalan raya di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu.

Rempuhan itu menyebabkan anggota polis berkenaan terpelanting dan terjatuh di bahagian belakang sebuah kereta yang sedang berhenti untuk pemeriksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI