fbpx

Pekerja keranda dibelasah, ditampar, hilang jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hoong Fong (kiri) menunjukkan gambar Guang Ming (kanan) yang diburu.

KLANG – Seorang pekerja perkhidmatan keranda dibelasah menggunakan rantai besi selain ditampar oleh rakannya sendiri dalam dua kejadian berasingan baru-baru ini.

Mangsa berusia 36 tahun juga hilang satu jari kelingking sebelah kiri selepas pertengkaran mulut dengan suspek berusia 49 tahun.

Kesemua insiden itu berlaku pada November tahun lalu dan semalam di Taman Chi Liung disebabkan suspek marah selepas rakan wanitanya yang juga kekasih mangsa mati dengan cara membunuh diri pada 9 November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pukul 1.04 pagi tadi memaklumkan telah ditampar rakan lelaki selepas berlaku pertengkaran mulut dalam kejadian pukul 8.30 malam pada 13 November tahun lalu itu.

Katanya, suspek turut mencabar mangsa untuk memotong jarinya sekira dia tidak mempunyai apa-apa kaitan tentang kematian teman wanitanya berusia 35 tahun.

“Bagi membuktikan kebenarannya,mangsa telah mengambil sebilah pisau dan memotong jari kelingking sebelah kiri.

“Setelah itu, mangsa telah pengsan dan dihantar ke hospital untuk rawatan. Namun didapati mangsa tidak membuat laporan polis berkaitan kejadian yang berlaku itu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau memberitahu, mangsa turut memaklumkan telah dipukul menggunakan seutas rantai besi di belakang badan, kepala, tangan kiri dan kakinya.

Kata Hoong Fong, setelah itu mangsa beredar dari rumah majikannya.

“Semasa kedua dua kejadian ini, suspek telah membuat rakaman video menggunakan telefon bimbit suspek.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan penglibatan suspek dalam kongi gelap berdasarkan pelakuan suspek dalam rakaman video yang tular itu,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI