fbpx

Masalah keyakinan ‘musuh’ besar United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELUANG United untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas dan mara ke pentas Eropah makin pudar selepas tewas kepada Everton kelmarin. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick mengakui kekalahan mengejut pasukannya 0-1 kepada Everton kelmarin adalah disebabkan tekanan yang terpaksa dihadapi pemain untuk mencapai jangkaan tinggi peminat.

Pada perlawanan yang berlangsung di Goodison Park itu, United yang memerlukan kemenangan untuk mencabar kelompok empat pasukan terbaik terpaksa pulang hampa dan kini menyaksikan mereka keting­galan enam mata di belakang pasukan di kedudukan keempat.

Rangnick mengakui, beliau memillih taktikal menggunakan empat pemain di bahagian serangan untuk mendapatkan jaringan, namun mereka sekadar mampu memberikan yang terbaik untuk tempoh satu jam sambil mengakui pasukannya kurang melakukan gerakan untuk membawa masuk bola ke dalam kotak penalti.

“Selepas mereka menjaringkan gol, kami hilang sedikit pe­nguasaan bola dan yang paling utama adalah keyakinan kami semakin pudar.

“Jika anda gagal menjaringkan gol menentang pasukan yang bolos tiga gol menentang Burnley, apa yang anda boleh jangkakan? Anda tidak boleh bercakap atau bermimpi me­ngenai pentas Eropah jika tidak mampu menjaringkan gol dalam aksi seperti ini.

“Pemain sendiri perlu bersemangat untuk melayakkan diri ke Eropah tetapi sekiranya kami bermain seperti ini, kami tidak patut untuk layak,” katanya.

Dalam pada itu, Rangnick menafikan bahawa spekulasi pelantikan Erik Ten Hag yang kini kuat dikaitkan dengan jawatan pengurus tetap pasukan itu menjejaskan persembahan para pemainnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI