fbpx

Jabatan Peguam Negara terima representasi Serba Dinamik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi yang dihantar oleh Serba Dinamik Holdings Bhd. dan pengurusan tertingginya berhubung pendakwaan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) kerana mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd.

Timbalan Pendakwa Raya Hashley Tajudin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, representasi itu diterima secara bersyarat dan terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan.

Representasi tersebut dihantar pada 17 Mac lalu dan diterima oleh AGC pada 7 April lalu.

Ujar beliau, pihak pendakwaan juga telah menyerahkan 90 peratus dokumen perbicaraaan kepada pihak pembelaan pada 7 April lalu.

Sementara itu, Hashley ketika ditemui wakil media memberitahu, butiran representasi itu bagaimanapun tidak dapat didedahkan kepada pihak media.

Hari ini ditetapkan untuk sebutan bagi kelima-lima kes melibatkan empat mahkamah iaitu di hadapan Hakim-Hakim Datin Sabariah Othman, Kamarudin Kamsun, Ahmad Kamar Jamaluddin dan Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Selain Serba Dinamik, mereka yang didakwa ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Mohd. Abdul Karim Abdullah; Pengarah Eksekutif, Datuk Syed Nazim Syed Faisal; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Azhan Azmi dan Naib Presiden Perakaunan dan Kewangan, Muhammad Hafiz Othman.

Kesemuanya didakwa memberikan kenyataan palsu berhubung angka pendapatan yang terkandung dalam Laporan Suku Tahun Keputusan Kewangan yang Digabungkan bagi Suku Tahun dan Tahun berakhir 31 Disember 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI