fbpx

Jumlah subsidi selepas ketahui kuota haji rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (dua kanan) menyampaikan sumbangan barangan kepada seorang penerima infaq kasih Ramadan.

KLANG- Jumlah subsidi kerajaan kepada jemaah haji bagi menunaikan ibadah tersebut akan dimaklumkan selepas kuota jemaah haji diumumkan secara rasmi oleh kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya akan membuat pengumuman jumlah subsidi tersebut adalah selaras dengan kuota yang akan diberikan

“Subsidi untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini akan diumumkan mengikut kuota sebenar yang diberi oleh Kerajaan Arab Saudi,” katanya selepas menyampaikan sumbangan infaq kasih Ramadan kepada 70 penerima dan menyampaikan Kuliah Dhuha Perdana di kedai Barakah Kampung Rantau Panjang hari ini.

Ketika mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) termasuk isu Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani, Idris menegaskan isu telah selesai dan enggan memberikan komen lanjut.

“Tiada komen juga (aktivitis Pas memberikan takzirah Ramadan tanpa tauliah di Masjid Nurul Iman). Ini disebabkan bab agama Islam adalah di bawah kuasa kerajaan negeri.

“Kerajaan pusat tidak akan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI