fbpx

Aizat lelaki pertama imamkan solat bakal isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIZAT dan kekasih merancang untuk menamatkan zaman bujang tahun ini kalau tiada aral melintang.

RAHSIA tentang jodoh adakalanya tidak terjangkau minda manusia.

Lantaran itulah, siapa sangka perkenalan yang bermula atas ikatan persahabatan bakal membawa penyanyi dan komposer, Aizat Amdan dan wanita bernama Elyssa Alia ke fasa serius bernama perkahwinan.

Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan memaklumkan sudah merisik Elyssa yang juga merupakan pengurusnya pada 12 Februari lalu. Dia juga tidak menolak akan mendirikan ‘masjid’ sekitar tahun ini.

“Insya-Allah kalau tiada aral melintang, akan langsung tahun ini. Sekarang tak boleh ‘confirm’ apa-apa lagi, tengah puasa dan tak lama lagi mungkin ada Pilihan Raya Umum. Apa-apa saya akan kongsi dengan semua, insya-Allah,” kata pelantun lagu Pergi itu kepada Pose.

Berkongsi lebih lanjut tentang istimewanya Elyssa di matanya, kata Aizat, wanita itu seorang yang sangat penyayang dan sangat sukakan budak-budak.

Terpikat dengan semua kriteria tersebut, dia bulat hati bahawa Elyssa jodoh yang selama ini dicari.

“Saya boleh cakap, Elyssa seorang yang sangat istimewa, dia sangat penyayang. Dia sangat sukakan budak-budak. Itu ciri yang membuatkan saya jatuh hati.

“Foto yang kalian sangka anak saya tempoh hari itu merupakan anak buah saya. Elyssa yang rajin melayan sebab dia memang sukakan budak-budak. Sekarang belum ada ikatan yang sah lagi tapi dialah teman wanita saya,” ujarnya.

Sementara itu, Elyssa yang bertindak sebagai pengurus di syarikat milik Aizat, Kasi Gegar Entertainment berkata, keperibadian Aizat yang sangat mementingkan agama membuatkan hatinya terpaut dengan lelaki tersebut.

‘Aizat lelaki pertama imamkan’

Menurut Elyssa, Aizat merupakan lelaki pertama yang mengimamkan dirinya waktu solat.

“Kami pun sekarang dah gelabah sebab pandemik Covid-19 dan puasa, waktu makin singkat. Keluarga Aizat dan keluarga saya dah tahu tentang hubungan kami. Insya-Allah tak lama lagi, Aizat sendiri yang akan umumkan.

“Terus terang, agama Aizat yang membuatkan saya selesa dengannya. Dia kelihatan sangat tenang tapi dia sebenarnya lelaki pertama yang imamkan saya. Seingat saya kali pertama puasa tahun lepas dan sejak itu, saya fikir dialah lelaki yang akan bimbing saya ke jalan yang benar.

“Insya-Allah, minta doakan hubungan kami masih baru, kenal baru dua tahun tapi memang nak bawa hubungan ini ke fasa yang lebih serius,” kata Elyssa.

Berkongsi tentang bibit perkenalan, Aizat memaklumkan, mereka sudah berkenalan sejak dua tahun lalu dan sekarang, Elyssa menguruskan kerjaya seninya termasuk bertindak sebagai pengurus syarikat miliknya, Kasi Gegar Entertainment.

“Sebelum kerja dengan saya, dia kakitangan kerajaan. Pertama berjumpa dia bertugas sebagai penyampai radio, Rakita,” dedah Aizat.

Dalam pada itu, Elyssa percaya kebesaran jodoh itu kehendak Tuhan dan itu dicernakan melalui tutur katanya.

“Kami membesar di kawasan kejiranan yang sama tapi tak pernah berjumpa. Saya kenal adik Aizat dahulu iaitu Alif dan kawan-kawan rapatnya. Itulah orang cakap, kalau dah jodoh, jodoh juga. Insya-Allah,” kata Elyssa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI