fbpx

Agih 600 bekas bubur lambuk Tok Jah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SHAIFUL (tengah) dan Faiz (kanan) mengedarkan bubur lambuk dan kek Surico di hadapan Kedai Emas Hajjah Halijah, Sungai Petani kelmarin.

SUNGAI PETANI – Kedai Emas Hajjah Halijah meneruskan tradisi mengedarkan bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai di hadapan premisnya di Sungai Petani dan Kangar setiap hari sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Mohd. Shaiful Hasri Shukri berkata, sebanyak 600 bekas bubur lambuk diedarkan setiap hari kepada orang ramai di dua cawangan kedai emas tersebut.

“Saya dan kakitangan akan mula mengagihkan bubur lambuk ini kepada orang ramai bermula pukul 5 petang dan biasa­nya selesai diedarkan kira-kira 45 minit kemudian,” katanya ketika ditemui ketika membuat agihan bubur lambuk di hadapan ­Kedai Emas Hajjah Halijah Sungai Petani, di sini kelmarin.

Beliau yang merupakan anak kepada pemilik kedai emas itu berkata, bubur lambuk ber­kenaan cukup istimewa dan merupakan resipi ibunya, Halijah Saad, 69.

Katanya, dia meneruskan tradisi keluarganya yang tidak pernah ketinggalan mengedarkan bubur lambuk secara percuma di sekitar surau berhampiran rumah sejak 1980-an lagi.

“Sejak dahulu lagi ibu memasak sendiri dan mengedarkan bubur lambuk ini dan kami meneruskan tradisi itu dengan mengekalkan resepi asal bubur lambuk ‘Tok Jah’ yang menggunakan rempah campuran dan lada.

“Kami juga ingin berkongsi rezeki dengan orang ramai selain sebagai tanda menghargai pe­langgan setia kami,” ujarnya.

Kata beliau, sempena mengambil keberkatan hari Jumaat (kelmarin), pihaknya berkolabora­si dengan syarikat kek dan pastri, Surico Malaysia yang turut ­me­ngagihkan 50 kotak kek coklat lembab yang merupakan signature bagi jenama kek Surico.

Ketua Pegawai Eksekutif Surico Malaysia, Faiz Johari berkata, sebanyak 250 kotak kek coklat lembab berharga RM29 sekotak telah diperuntukkan untuk di­agihkan kepada orang ramai sempena Ramadan ini.

“Agihan kek itu juga merupakan program tahunan syarikat kami. Setiap bulan Ramadan kami akan buat agihan kek di pelbagai lokasi termasuk dari rumah ke rumah.

“Tahun ini merupakan kali pertama kita berkolaborasi ­dengan mengagihkan kek keluaran syarikat mereka bersama bubur lambuk tradisi Kedai Emas Hajjah Halijah dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI