fbpx

Ramai mahu Hannah nyanyi rap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH DELISHA

SEJAK berakhir program realiti The Masked Singer Malaysia musim kedua, ramai yang memuji kehebatan vokal Hannah Delisha yang selama ini berselindung di sebalik kostum burung hantu.

Akibat belum puas dengan persembahan hebat Hannah, ramai yang meminta si cantik itu melancarkan sebuah single baharu dan pastinya bergenre hip-hop.

Kata netizen, Hannah sangat berbakat besar dalam menyampaikan lagu hip-hop seperti semasa menyanyikan lagu Haa Tepok milik Meerfly dan MK K-Clique.

“Tolonglah berduet dengan MK. Mesti gempak paduan dua suara ini,” pinta netizen.

“Hannah berbakat besar. Menyanyi pun hebat apatah lagi berlakon,” komen pengguna Instagram.

Nampaknya permintaan sudah bersusun, tinggal lagi, muncul komposer yang mahu beri Hannah lagu berkualiti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI