fbpx

Chong Wei tiada niat jadi jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHONG WEI mengakui menerima beberapa tawaran dari luar negara sebagai jurulatih, namun beliau tidak ada sebarang niat untuk menjadi jurulatih.

LEGENDA badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei me­ngakui, beliau ada menerima beberapa tawaran dari luar negara yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih.

Bagaimanapun, bekas pemain No.1 dunia itu menegaskan, beliau belum bersedia untuk menerima mana-mana tawaran yang dikemukakan biarpun sentiasa mengikuti perkembangan semasa sukan raket tersebut.

Menerusi satu status yang dimuat naik di laman media sosial Facebook malam kelmarin, Chong Wei menyatakan, beliau mahu terus berada di Malaysia dan enggan memikirkan me­ngenai bidang kejurulatihan.

“Memang benar saya ada menerima beberapa tawaran dan masih cintakan sukan badminton. Bagaimanapun, buat masa sekarang, saya tidak ada sebarang niat untuk menjadi jurulatih.

“Saya mahu terus berada di Malaysia bersama keluarga tersayang dan meluangkan masa bersama mereka. Saya juga mahu menikmati bazar Ramadan dan menunggu jemputan rumah terbuka hari raya,” katanya.

Sebelum ini, tersebar spekulasi yang mengatakan beberapa negara Asia sudah menghubungi Chong Wei bagi mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih, namun beliau masih belum memberi kata putus.

Sebagai rekod, beberapa jurulatih kelahiran Malaysia seperti Jeremy Gan, Lee Wan Wah, Tan Kim Her dan Wong Tat Meng sudah pun berkelana ke luar negara bagi mengembangkan karier kejurulatihan.

Khidmat Chong Wei pas­tinya ditagih pasukan luar negara berdasarkan reputasinya sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, selain digelar sebagai Raja Siri Super.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI