fbpx

Sumbangan Beras Era di empat negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Beras Era dan Media Mulia mengedarkan bubur lambuk udang lipan di Kuala Perlis kelmarin.

KUALA PERLIS – Syarikat pengeluar beras, Era Foods MY (Beras Era) menyumbangkan sebanyak 1.2 tan beras bagi menjayakan program edaran bubur lambuk percuma, Kongsi Berkat Bubur Lambuk di empat negeri iaitu Perlis, Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Program anjuran Beras Era bersama syarikat Media Mulia Sdn. Bhd. itu berlangsung di lokasi pertama iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Tengah di Seberang Ramai di sini kelmarin.

Lokasi seterusnya adalah Masjid Abidin, Kuala Terengganu pada 13 April, Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 20 April dan seterusnya di Masjid Sultan Iskandar di Johor Bahru pada 27 April ini.

Pengurus Jenama Beras Era, Nurazumy Najid berkata, pihaknya menyumbangkan 300 kilogram (kg) Beras Era jenis Nagasari Super Spesial Tempatan (SST) di setiap lokasi tersebut untuk dijadikan juadah bubur lambuk mengikut resipi masing-masing.

“Di Perlis, program berlangsung di Kampung Tengah, Seberang Ramai di Kuala Perlis dan sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk udang lipan diagihkan kepada orang ramai.

“Selain bubur lambuk, kita turut menyumbang 1,000 pek beras Era jenis Sultan Basmathi dengan setiap satu seberat 400 gram kepada penduduk di sini,” katanya ketika ditemui di Dewan Orang Ramai Kampung Tengah di sini kelmarin.

Pada program itu, orang ramai turut menerima akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia.

Nurazumy

Nurazumy menerangkan, sambutan yang diterima daripada orang ramai termasuk penduduk yang datang dari luar Kuala Perlis sangat menggalakkan.

“Bubur lambuk udang lipan ini merupakan juadah tradisi penduduk di sini yang mana ramai penduduk luar sanggup datang ke sini untuk merasai keenakan juadah tersebut,” ujarnya.

Menurut Nurazumy, syarikat juga menerima maklum balas yang baik daripada tukang masak bubur lambuk berkenaan yang menyatakan tekstur bubur lambuk menggunakan beras jenama Era tidak hancur.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain mengambil peluang menerusi program tersebut untuk menyumbang kepada masyarakat pada bulan mulia ini, Beras Era juga mahu memperkenalkan pelbagai jenama keluaran syarikat kepada orang ramai.

“Kita mendekati masyarakat menerusi program seperti ini dan merancang untuk melakukan lebih banyak aktiviti bersama penduduk selepas ini selaras dengan slogan Enak Dinikmati Bersama,” jelasnya.

Bagi program di tiga lagi negeri, pihaknya turut menyumbang sebanyak 300kg beras bagi setiap lokasi.

Tambah beliau, Beras Era mempunyai beberapa jenis beras antaranya Nagasari SST, Nagasari Super Spesial Wangi, Nagasari Super Import, Nagasari Pulut Susu dan Sultan Basmathi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI