fbpx

‘Orang geli dengar saya batuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nad kini mengalami batuk berkahak selepas pulih daripada Covid-19.

PETALING JAYA – Pelakon Nad Zainal runsing apabila gejala pasca Covid-19 yang dihadapinya kini menyukarkannya bekerja dalam prestasi terbaik kerana mengalami batuk berkahak sejak seminggu lalu.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, berkata, pasca Covid-19 memang benar-benar berlaku kerana sudah seminggu dia mengalami gejala tersebut.

“Jagalah kesihatan kepada semua. Hendak minum air waktu siang tetapi bulan puasa pula, ada tak ubat-ubatan yang mujarab?” soalnya dalam entri menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya semalam.

Tambah pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu, masalah batuk tersebut turut memberi kesan kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon.

“Susah hendak berlakon jika setiap seminit akan alami batuk yang kuat. Orang lain dengar pun naik geli,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada mana-mana individu yang memberi tips untuk merawat batuk berkahak dialaminya seperti mengambil minuman cengkih.

“Ramai sarankan saya minum air rebusan cengkih. Kahak saya antara hidung ke tekak tidak lepas-lepas.

“Apabila puasa, tekak saya ke­ring dan bila begitu, rasa sema­kin teruk,” ujar yang kini popular dengan drama Dendam Seorang Isteri.

Nad pernah dijangkiti Co­vid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI