fbpx

Tindakan penguatkuasaan hanya terhadap pengusaha stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hairul menampal notis larangan jualan RON95 ketika melakukan pemantauan di stesen minyak sekitar Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Tindakan penguatkuasaan berhubung kenderaan berpendaftaran asing yang mengisi minyak petrol jenis RON95 hanya boleh diambil terhadap pengusaha stesen minyak, dan bukan terhadap individu warga asing yang berbuat demikian.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, sehubungan itu adalah penting bagi pengusaha stesen minyak mengambil langkah proaktif bagi mengekang perkara berkenaan.

Katanya, undang-undang itu juga telah dimaklumkan dengan jelas kepada semua pengusaha stesen minyak ketika mereka mahu mendapatkan lesen perniagaan.

“Tindakan hanya kepada pengusaha stesen minyak dan bukannya terhadap pemilik kenderaan, jadi kita minta pengusaha lesen mematuhinya peraturan yang telah dikeluarkan dengan jelas.

“Setakat kes terbaharu ini, KPDNHEP menerima tujuh aduan dan tiga daripadanya dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemantauan di sebuah stesen minyak di Jalan Skudai, di sini hari ini ekoran tular di media sosial beberapa gambar menunjukkan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura mengisi minyak jenis RON95.

Sementara itu, Mohd. Hairul Anuar turut meminta orang awam untuk mengambil bukti bergambar melibatkan warganegara Singapura yang bertindak mengisi minyak petrol jenis RON95 dalam kenderaan mereka beserta butiran lengkap kejadian tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI