fbpx
CINTA LAURA dan Jerome Kurnia.

Cinta Laura tak lupakan ciuman Jerome Kurnia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKON cantik Cinta Laura mengakui sangat teruja apabila perlu menjayakan babak mencium pelakon tampan, Jerome Kurnia dalam sebuah siri baharu lakonannya, Daniel & Nicolette.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 28 tahun itu juga mengakui Jerome mempunyai teknik ciuman yang menarik walaupun masing-masing baru kali pertama terlibat dalam adegan romantik.

Ketika dijemput sebagai tetamu undangan dalam program TS Media, Cinta mendedahkan, sebelum ini dia pernah melakukan adegan romantik bersama beberapa aktor terkenal, antaranya Herjunot Ali dan Angga Aldi Yunanda.

“Saya pernah melakukan babak romantik bersama pelakon lain. Namun, babak berciuman dengan Jerome adalah adegan yang tidak boleh saya lupakan.

“Ternyata Jerome memiliki teknik ciuman yang menarik!” ujarnya.

POPULAR