fbpx

Rangka Jacky ditemui di Australia, disyaki dibunuh lebih setahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rangka mayat Jacky ditemui di kawasan pedalaman di barat laut Bathurst di New South Wales (NSW), Australia kelmarin.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan laporan media tempatan berhubung seorang warganegara Malaysia mati dibunuh di Australia adalah benar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pada 3 April lalu, pihak berkuasa Australia telah menemui satu rangka manusia di New South Wales yang disyaki telah dibunuh lebih setahun yang lalu.

“Hasil semakan mendapati lelaki berkenaan dipercayai warganegara Malaysia berumur 25 tahun dan berasal dari Sarawak.

“Mangsa dipercayai telah memasuki Australia pada bulan November 2016 dengan menggunakan visa pelancong dan ditawarkan sebagai pekerja ladang oleh satu sindiket warga asing yang disyaki terlibat dengan dadah,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, siasatan lanjut masih diteruskan oleh pihak berkuasa Australia dan sebarang perkembangan siasatan akan dimaklumkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Justeru itu, tegas beliau, PDRM menyeru keada semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelak timbul sebarang kekeliruan kepada masyarakat.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, polis Australia menemui mayat lelaki dipercayai warga Malaysia di kawasan pedalaman di barat laut Bathurst di New South Wales (NSW), kelmarin.

Mayat disyaki Jacky Chong Kai Wong itu dijumpai kira-kira pukul 3.30 petang selepas penyiasat memulakan pencarian di sebuah kawasan luar bandar di Killongbutta.

Jacky dipercayai mati dibunuh dengan kejam antara 25 Disember 2020 dan 8 Januari 2021 selepas berlaku salah faham dengan kartel dadah di mana dia bekerja sebagai ‘penjaga’ kira-kira 1,000 batang pokok ganja.

Portal 9news melaporkan, pihak berkuasa memaklumkan mayat itu akan menjalani pemeriksaan forensik dan proses pengecaman menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identitinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI