fbpx

[VIDEO] Lori kontena jatuh jejambat dekat Telok Panglima Garang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video kemalangan yang dikongsi pengguna yang melalui kawasan kemalangan di Pulau Indah sebentar tadi.

PETALING JAYA – Laluan dari Pulau Indah dan Pelabuhan Barat menghala ke Telok Panglima Garang dekat simpang ke Laguna Park Pulau Indah dilaporkan terhalang sepenuhnya ketika ini.

Bagaimanapun, kemalangan itu tidak melibatkan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).

Ia susulan kemalangan melibatkan sebuah kontena yang terjatuh dari sebuah jejambat berdekatan susur keluar ke Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Difahamkan kontena yang dibawa sebuah lori dari atas jejambat tersebut telah terjatuh sehingga menghempap beberapa buah lori lain di bawahnya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Trafic Info Crew, beberapa klip video yang memaparkan kejadian itu telah dimuat naik dan keadaan di kawasan tersebut ketika ini sesak.

“Menurut info yang diterima, sebuah lori kontena hilang kawalan ‘overlap’ semasa melalui selekoh di susur flyover SKVE lalu terbalik diatas flyover menyebabkan muatan kontena yang dibawa jatuh ke bawah menghempap lori kontena lain.

“Laluan dari Westport (Pelabuhan Barat) menghala Kesas terhalang sepenuhnya,” tulisnya di Facebook.

Berita lanjut menyusul.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI