fbpx

Kemalangan gara-gara langgar arahan pengawal trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang penunggang motosikal kemalangan setelah melanggar arahan pengawal trafik. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video yang mendapat perhatian netizen di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang penunggang motosikal kemalangan selepas melanggar arahan pengawal trafik, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik dalam akaun Instagram bernama @memomedsos.

Kelihatan dua pengawal trafik sedang mengawal lalu lintas di sebatang jalan. Seorang daripada mereka memberikan isyarat agar kenderaan di sebelah kanan lalu dahulu. 

Seorang penunggang motosikal berwarna putih kemudian tiba di simpang jalan berkenaan dengan pengawal trafik bertopi biru itu memberi isyarat agar dia berhenti.

Bagaimanapun, penunggang motosikal itu tidak mengendahkan isyarat berkenaan lalu cuba melintas. 

Penunggang lain yang datang dari arah kanan tidak sempat membrek motosikalnya lalu bertembung dengan motosikal putih tersebut. Mereka kemudian terjatuh dan motosikal itu mengalami sedikit kerosakan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruang komen.

“Saya geram dengan orang yang nak belok tapi tengok ke kiri, bukan ke kanan,’’ tulis seorang netizen.

“Motor putih itu salah, pengawal trafik jelas memberi isyarat,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI