fbpx

‘Dengan Sarah, saya belajar seronoknya berbuka ramai-ramai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB terkenang kemanisan Ramadan sewaktu isterinya, Siti Sarah masih ada di sisi.

PETALING JAYA – “Bulan puasa pada tahun ini sangat mencabar untuk saya.”

Menurut Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhamad, 37, kehadiran bulan Ramadan pada tahun ini ternyata berbeza daripada sebelum ini terutama tanpa kehadiran isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah di sisi.

Katanya, bulan puasa kali ini juga memberi satu cabaran yang sangat besar padanya kerana perlu menguruskan keperluan anak-anak seorang diri.

“Puasa kali ini sangat mencabar tetapi saya bersyukur anak-anak sangat baik dan teruja untuk menjalani ibadah puasa.

“Mereka tidak menunjukkan perangai seperti merengek hendak berbuka tetapi sangat mudah diurus. Mudah kejut untuk sahur dan sanggup menemani saya ke pasar walaupun berpuasa. Memang kagum dengan semangat mereka,” katanya.

Shuib berkata demikian pada sidang akhbar program Diari Daddy secara virtual hari ini.

Program tersebut memaparkan kehidupan seharian Shuib bersama anak-anaknya dalam melakukan pelbagai aktiviti di beberapa lokasi menarik.

Berkongsi mengenai kenangan Ramadan paling dirindui bersama Siti Sarah, pelakon filem Sepah The Movie itu memberitahu dia terkenang memori majlis berbuka puasa beramai-ramai di kediamannya yang di anjurkan oleh isterinya.

“Setiap kali bulan puasa, Siti Sarah akan anjurkan majlis berbuka di rumah. Dia akan jemput ramai tetamu dan masak untuk mereka.

“Itu antara kenangan yang paling saya rindu. Namun, saya tetap bersyukur Ramadan tahun ini masih ada ahli keluarga lain yang setia di sisi,” katanya lagi.

Tambahnya, dilahirkan sebagai anak tunggal juga antara sebab dia sangat menyukai majlis berbuka puasa yang melibatkan kehadiran ramai tetamu.

“Saya anak tunggal, keluarga pun tidak besar. Dengan Sarah saya belajar keseronokan berbuka puasa ramai-ramai.

“Semasa bujang, buka puasa dan sahur tidak menyeronokkan bagi saya sebaba selalu seorang diri tetapi selepas kahwin, arwah yang bawa keseronokan tersebut.

“Dia yang wujudkan kegembiraan berbuka puasa bersama keluarga dalam hidup saya,” ujarnya.

Sebagai info, Sarah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos tahun lalu dan sempat melahirkan anak bongsunya, Ayash Affan pada 6 Ogos secara pembedahan selepas ditidurkan.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 7 dan Ayash yang kini berumur tujuh bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI