fbpx

Alhumaira tembusi pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANI ELIA (tengah) pada majlis pelancaran butik Alhumaira di KL East Mall baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Alhumaira, jenama popular dalam fesyen Muslimah, optimis terhadap inisiatifnya yang membuka cawangan baharu di sebuah pusat beli-belah utama di sini dapat menambahkan lagi asas pelanggannya yang sebelum ini lebih tertumpu kepada platform online.

Pengasas syarikat, Hani Elia Rousli berkata, ini adalah masa terbaik buat syarikat menembusi pusat beli-belah kerana berdasarkan kaji selidik yang dijalankan syarikat, tabiat beli-belah pelanggan kini lebih tertumpu kepada premis fizikal berbanding online.

“Pelanggan dilihat lebih suka membeli-belah di premis fizikal kerana mereka mahu melihat lebih dekat koleksi, merasai fabrik dan mencuba sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran butik terbaharu Alhumaira di KL East Mall di sini baru-baru ini.

Hani Elia menerangkan, ini adalah outlet pertama syarikat di Kuala Lumpur (KL), malah di pusat beli-belah berbanding beroperasi di sebuah butik di Bangi sebelum ini.

“Kami bercadang untuk meneruskan strategi pembukaan di premis beli-belah dan ia bakal dibuka di Shah Alam pada tahun ini, manakala satu lagi di Johor Bahru tahun depan,” katanya.

Butik yang merupakan flagship store di KL itu membawa tema seamless dan elegan me­lalui sentuhan kewanitaan selain diwarnai dengan pelbagai koleksi terbaik Alhumaira.

Selain itu, kempen #SempurnaRaya 2022 turut dilancarkan dengan menawarkan sembilan koleksi raya menarik mengikut cita rasa setiap wanita berhijab.

Melalui kempen tersebut, koleksi Darla menawarkan tudung bawal yang dihiasi 15 biji batu kristal original Swarovski.

Syarikat juga menawarkan tiga koleksi bercetak bertemakan warisan Melayu yang kekal elegan yang mana ia diinspirasikan daripada seni ukiran kayu dan motif pinggan mang­kuk yang klasik. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI