fbpx

5 ditahan seludup diesel subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Batalion 5 PGA berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang beroperasi di Taman Wawasan, Kulai, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang bergiat aktif di sekitar bandar raya ini dengan menahan lima suspek, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, suspek yang ditahan melibatkan tiga warganegara dan dua warga asing yang berusia antara 34 hingga 42 tahun.

Katanya, kesemua suspek ditahan dalam serbuan yang dijalankan terhadap sebuah premis beralamat di No.11, Jalan Perak, Taman Wawasan, Kulai, pada pukul 2 petang.

“Berdasarkan serbuan berkenaan, polis berjaya merampas pelbagai barangan antaranya beberapa tangki berisi minyak bersubsidi sebanyak 40,000 liter, dua buah lori dan lima unit pam dengan anggaran nilai RM300,300.

“Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dimin, kes berkenaan disiasat mengikut seksyen di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang aktif disekitar daerah Johor Bahru.

“Sehubungan itu, orang awam diminta untuk terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin di kawasan mereka.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline Pejabat Risik/Gerakan Batalion 5 PGA di nombor 07-7557280,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI