fbpx

Semua menteri Kabinet letak jawatan kecuali PM dan Presiden Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunjuk perasaan berlindung ketika polis menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan mereka semasa protes di luar rumah Presiden Gotabaya Rajapaksa pada 31 Mac lalu. - CNN

COLOMBO, Sri Lanka – Seramai 26 menteri kabinet Sri Lanka meletak jawatan selepas rakyat mengadakan tunjuk perasaan terhadap kerajaan yang didakwa gagal menangani krisis ekonomi yang semakin meruncing.

Menurut Badan Penyiaran Britain hari ini, semua menteri Kabinet telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kecuali Perdana Menteri, Mahinda Rajapaksa dan saudara lelakinya, Presiden Gotabaya Rajapaksa.

Perletakan jawatan menteri kabinet itu bagaimanapun tidak dapat memuaskan hati penunjuk perasaan yang mahu  tindakan sama dilakukan oleh adik-beradik Rajapaksa.

Bermula semalam, ramai penduduk  melanggar perintah berkurung dengan berhimpun  di jalan raya di beberapa buah bandar utama di Sri Lanka.

Sri Lanka sedang bergelut dengan krisis ekonomi terburuk sejak negara itu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 1948.

Krisis itu sebahagiannya disebabkan oleh kekurangan rizab mata wang asing yang digunakan untuk membayar import bahan api.

Kemarahan orang ramai semakin sukar dibendung berikutan pemotongan bekalan elektrik selama setengah hari atau lebih lama,  di samping kekurangan makanan, ubat dan  bahan api seperti petrol serta diesel.

Menteri Pendidikan, Dinesh Gunawardena memberitahu pemberita bahawa barisan menteri kabinet telah menyerahkan surat perletakan jawatan mereka kepada Perdana Menteri.

Anak Perdana Menteri, Namal Rajapaksa ialah antara menteri yang meletak jawatan.

Perintah berkurung dan larangan ke atas laman sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Twitter dilaksanakan untuk menghentikan demonstrasi selepas tunjuk perasaan di luar kediaman Presiden Sri Lanka pada Khamis minggu lalu bertukar  ganas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI