fbpx

Pensyarah tegur aksi ‘seksi’ Iqram Dinzly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran pensyarah di Facebooknya.

PETALING JAYA – Seorang pensyarah menegur aksi seorang selebriti, Iqram Dinzly yang memakai pakaian wanita seksi seolah-olah menggoda pengikutnya di TikTok.

Pensyarah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar mencadangkan agar mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, akaun media sosial individu terbabit perlu ditadbir bersama oleh ‘admin’ daripada keluarga yang memahami.

“Jika keluarga terlibat sebagai admin bersama, jika nampak hantaran pelik, bolehlah dipadam,” tulisnya dalam hantaran di akaun Facebook hari ini.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut menegur perbuatan selebriti tersebut.

“Iqram ini perlukan bantuan. Kita yang normal boleh nampak ada sesuatu yang tidak kena dengan dia. Kawan-kawan artis yang baik dengan dia tolonglah sesuatu. Jangan kecam dan lihat saja,” komen @ishs_mama.

“Allahuakbar, semoga diberikan hidayah buat beliau,” komen pengguna lain, @adzarina

Iqram mencetuskan kontroversi lagi apabila memakai pakaian wanita yang dilihat terlalu seksi serta menampilkan gaya menggoda.

Tindakan pelakon itu dengan gaya ‘feminin’ selain turut berdiri bagi membetulkan pakaiannya sekali gus menampakkan bahagian alat sulitnya telah mendapat kecaman ramai termasuk rakan artis.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI