fbpx

Hujan lebat di Melaka, Johor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca buruk dan hujan lebat di Melaka dan Johor termasuk beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak pagi ini.

MetMalaysia menerusi laporannya di laman YouTube berkata, keadaan itu membabitkan seluruh kawasan di Melaka dan dijangka berlarutan sehingga lewat pagi nanti.

“Manakala di Johor, hujan dilaporkan membabitkan Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Pontian.

“Selain itu, cuaca mendung turut dilaporkan di beberapa negeri membabitkan Pahang, Selangor dan Perak,” katanya.

Di Sabah pula, hujan dilaporkan tertumpu di bahagian Kudat sehingga lewat petang ini sementara di Sarawak hanya melibatkan kawasan perairan.

Sementara itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi kategori satu dan dua sehingga 7 April.

“Amaran angin kencang tersebut dikeluarkan di perairan Laut China selatan iaitu di Condore, Reef North dan Layang-Layang.

“Amaran ini merbahaya ke atas semua aktiviti melibatkan bot-bot kecil, perkhidmatan feri, menangkap ikan dan juga aktiviti perkapalan,” katanya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI