fbpx

Hotel, restoran dilarang promosi bufet Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Hotel dan restoran yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dilarang sama sekali mempromosikan sebarang hebahan atau ungkapan berkaitan bufet Ramadan.

Ia termasuk larangan hebahan, iklan atau tuntutan yang mengelirukan seperti makanan orang Islam, bufet Ramadan, Iftar Ramadan, jom sahur, jom iftar, set Ramadan, Muslim Friendly, Selera Rasa Ramadan dan Selamat Berbuka Puasa.

Amaran tegas itu dikeluarkan Bahagian Hab Halalnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, larangan sama turut merujuk kepada ungkapan seperti ‘makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam’.

“Sekiranya sabit kesalahan, denda maksimum boleh sehingga RM500,000 boleh dikenakan berdasarkan Perintah Perihal Dagangan ( Perakuan & Penandaan Halal) 2011,” katanya.

Katanya, sebarang aduan berkaitan penyalahgunaan sijil dan logo halal boleh dibuat melalui pautan https://tinyurl.com/mr32rrpc.

Jelasnya lagi, aduan turut boleh disalurkan melalui emel [email protected] atau talian telefon 03-88925000/5001 atau talian WhatsApp BPHJAKIM http://www.wasap.my/+601115660387/BPHJAKIM. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI