fbpx

Tiada kenaikan tol di empat syarikat konsesi lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya di sekitar Lembah Klang.

Beliau memaklumkan, syarikat konsesi lebuh raya tersebut ialah Kesas Sdn. Bhd. yang menguruskan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn.Bhd. yang menguruskan Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART).

Dua lagi syarikat, katanya, ialah Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd. yang menguruskan Lebuh Raya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) serta Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. yang menguruskan Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP)

“Melalui penstrukturan ini, kadar tol tidak akan dinaikkan dan kekal sehingga tamat konsesi serta akan dapat menjimatkan bayaran pampasan dari 1 Januari 2022 sehingga tamat tempoh konsesi.

“Penjimatan bersih bagi pembayaran subsidi tol untuk keempat-empat lebuh raya tersebut adalah dianggarkan sekurang-kurangnya RM4.3 bilion,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, penstrukturan semula itu merupakan usaha berterusan kerajaan untuk memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban khususnya dengan kenaikan kadar tol seperti mana yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.

Beliau berkata, penjimatan itu boleh dimanfaatkan bagi program pembangunan infrastruktur negara dan kemudahan-kemudahan lain yang perlu diutamakan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Penstrukturan dilaksanakan sejajar dengan prinsip serta objektif utama kerajaan iaitu untuk mengurangkan beban Keluarga Malaysia serta tidak melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan.

“Perincian lanjut berhubung kelulusan kerajaan mengenai penstrukturansemula ini akan dimaklumkan oleh Menteri Kanan Kerja Raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI