fbpx

Ebit Lew beri hadiah kereta kepada pasangan OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit menyerahkan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM kepada pasangan suami isteri yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

PETALING JAYA – Jika sebelum ini Pendakwah terkenal, Ebit Lew menghadiahkan sebuah kereta kepada Yati, kali ini sebuah lagi kereta jenis Proton Saga BLM turut diberikan kepada pasangan orang kelainan upaya (OKU) berikutan kisahnya yang tular di laman sosial.

Ebit dalam satu hantaran di Facebook berkata, dia telah datang ke Pulau Pinang dari Terengganu semalam dan membawa keluarga tersebut pergi membeli kereta.

“Semalam hadiahkan Perodua Bezza, hari ini Proton Saga BLM. Menangis gembira kakak ini kenal saya dan tak sangka sampai ke sini.

“Kakak terkejut tak sampai sejam selesai dapat kereta baru. Bayar cash (tunai) dekat kedai. Tuan kedai pun baik je. Berkat Ramadan kedua,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit turut mendoakan buat pasangan suami isteri berkenaan yang merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU).

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang suami yang tular kerana sanggup berkorban menolak isteri dan anaknya dengan kerusi roda di sebuah simpang lampu isyarat di Bagan Dalam, Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI