fbpx

Berstatus jutawan, Lana Del Rey pakai telefon skrin pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO Lana dan Gaga berpelukan pada acara Grammy Awards ke-64 yang menyaksikan Lana setia menggunakan telefon yang skrinnya sudah pecah.

SEKEPING foto ‘mahal’ dua ikon muzik global, Lady Gaga dan Lana Del Rey berlegar dalam gelanggang media sosial pada acara berprestij, Grammy Awards ke-64 yang sedang berlangsung di Las Vegas, MGM Grand Garden Arena, Amerika Syarikat (AS).

Bukan sebab mereka berpelukan atau melanggar prosedur operasi standard (SOP) namun apa yang menjadi perhatian adalah kondisi telefon yang dipegang Lana atau nama sebenarnya, Elizabeth Woolridge Grant saat memeluk Gaga pada acara tersebut.

Biarpun berstatus figura terkenal dan jutawan, Lana yang cukup  dikenali menerusi lagu Summertime Sadness tidak kisah hadir ke acara muzik tersebut dengan menggunakan telefon yang skrinnya sudah pecah. Momen tersebut dibidik dan menjadi perbualan antara peminat.

“Adakah saya sedang berkhayal atau Lana betul-betul mempunyai iPhone yang skrinnya pecah? Macam mana seseorang yang memiliki banyak wang tak gunakan apa yang mereka perlu?,” ciap seorang pengguna Twitter.

“Kalau telefon masih berfungsi dengan baik, saya tak nampak masalah? Dia (Lana) tak membazir wang untuk ganti benda yang dia tak perlu,” tulis pengguna seorang lagi.

LANA Del Rey dan Lady Gaga bertemu dalam acara Grammy Awards ke-64.

Lana, 37, merupakan seorang penyanyi kelahiran New York dan pendapatan bersihnya mencecah AS$30 juta (RM 126 juta).

Grammy Awards ke-64 sedang bersiaran langsung dari AS dan beberapa anugerah utama sudahpun diumumkan.

Setakat ini, Olivia Rodrigo menang dua trofi iaitu Artis Baharu Terbaik dan Persembahan Solo Pop Terbaik.

Silk Sonic mengejutkan audiens apabila membawa pulang trofi Lagu Terbaik menerusi karya Leave The Door Open.

Dalam pada itu, Gaga yang tercalon untuk lima kategori untuk album kolaborasinya bersama lagenda muzik jazz, Tony Bennett sudah menang satu trofi iaitu Album Vokal Pop Tradisional Terbaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI