fbpx
Zulkifli.

Batal puasa jika buka awal sebab kesilapan azan di radio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Umat Islam yang berbuka puasa lebih awal daripada waktu Maghrib akibat kesilapan stesen radio tempatan dianggap terbatal puasanya dan perlu diganti balik selepas Ramadan.

Demikian penjelasan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri sebagai mengulas insiden yang terjadi di negara ini.

“Tidak sah dan batal puasa individu yang menyangka telah pun tenggelam matahari tetapi ia belum lagi tenggelam. Wajib diqada semula menurut jumhur ulama,” katanya ringkas.

Hantaran berbentuk infografik tersebut disiarkan menerusi laman sosial rasmi tokoh agama itu sebagai merujuk soalan adakah sah puasa jika juruhebahnya terkhilaf memasang azan awal.

Meskipun beliau tidak menyatakan secara spesifik, jawapan itu jelas merujuk laporan tular media tempatan mengenai kes stesen Tawau FM di Sabah tersilap menyiarkan azan Maghrib.

Penyampainya, Mohd. Safwan Junit yang bertanggungjawab mengendalikan siaran Syoknya Hujung Minggu ketika insiden tersebut semalam turut tampil memohon maaf secara terbuka.

Kesilapan teknikal tidak dijangka pada hari pertama Ramadan itu menyaksikan dia memasang azan itu dua kali iaitu pada 6.16 petang sebelum diulang ketika waktu sebenar 6.20 petang.

Tawau FM yang ditubuhkan pada 1964 lalu dapat diikuti para pendengar sekitar Semporna, Lahad Datu, Gugusan Felda Sahabat dan Daerah Tawau sendiri selain negara jiran, Indonesia. – KOSMO! ONLINE

POPULAR