fbpx

Suasana Ramadan di Tanah Suci kembali normal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiada lagi penjarakan sosial yang ditetapkan bagi jemaah mendirikan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. - Archyde

MEKAH – Beratus-ratus ribu jemaah kembali memenuhi ruangan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ketika menunaikan solat isyak dan solat sunat Tarawih menjelang hari pertama umat Islam berpuasa, kelmarin.

Menurut laporan akhbar Saudi Gazette, suasana yang sudah dua tahun tidak dilihat akibat penularan Covid-19 itu menyaksikan jemaah kembali menunaikan ibadat tanpa penjarakan sosial.

Kini, semua jemaah dari seluruh dunia dialu-alukan ke tanah suci untuk menunaikan umrah tanpa ada lagi ketetapan seperti kewajipan menunjukkan status vaksinasi masing-masing.

Selain itu, amalan berbuka puasa beramai-ramai di pekarangan masjid turut dimulakan semula selepas ia ditangguh ketika pandemik berleluasa.

Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci dan agensi lain yang berkaitan telah mula menawarkan pelbagai integrasi perkhidmatan untuk semua jemaah.

Pihak pengurusan Dua Masjid Suci telah pun mengambil kira-kira 12,000 kakitangan lelaki dan wanita yang dibahagikan kepada empat syif.

Pengurusan turut menyediakan pakej perkhidmatan, langkah lapangan, pencegahan dan operasi yang bertujuan menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat bagi membantu para jemaah melaksanakan ibadat dalam suasana rohani.

Seluruh Masjidil Haram akan dibersihkan, disembur dengan pembasmi kuman dan disteril berterusan sekurang-kurangnya 10 kali setiap hari.

Selain itu, sebanyak 130,000 liter pembasmi kuman berserta 2,500 liter penyegar udara terbaik dan hampir 35,000 liter pensteril digunakan pada semua permukaan dan permaidani masjid dalam masa sehari.

Agensi di pejabat presiden juga meneruskan perkhidmatan pengagihan air Zamzam dengan menyediakan lebih 25,000 kontena yang diedarkan di seluruh Masjidil Haram. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI