fbpx

Dalam setahun, 2 hari saja ‘koyak’ – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ AHMAD

PETALING JAYA – Hampir tiga tahun menduda, pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui tidak terlepas daripada berasa sedih setiap kali menjelangnya Ramadan.

Pemilik nama penuh Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad itu berkata tidak menafikan kehidupan sebagai lelaki bujang sangat tenang dan tidak memeningkan kepala namun tidak terlepas daripada beremosi saat menyambut kehadiran Ramadan dan Syawal yang pastinya lebih seronok jika dikelilingi keluarga tercinta.

“Orang tanya macam mana kehidupan solo? Jawapannya, sangat relaks dan tiada tekanan serta pening kepala.

“Tetapi esok (hari ini) akan ada sedikit ‘koyak’ (sedih) dan lagi sebulan selepas itu (hari raya). Dalam setahun, dua hari itu saja akan ‘koyak’,” katanya dalam satu entri Instagram semalam.

TANGKAP layar InstaStory Sharnaaz.

Sebagai info, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berumur emoat tahun.

Sepanjang memegang gelaran duda, pelakon berusia 36 tahun itu tidak terlepas daripada digosipkan dengan selebriti wanita tanah air termasuk Azira Shafinaz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI