fbpx

4 bot nelayan musnah dalam kebakaran pagi Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat buah bot nelayan musnah dalam kebakaran di Jeti Nelayan Sungai Endau, Mersing malam tadi.

MERSING – Tindakan pantas orang awam memotong tali sebuah bot nelayan yang terbakar berjaya menyelamatkan lebih 20 buah bot lain yang sedang diparkir di Jeti Nelayan Sungai Endau malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Alias Hussin berkata, bagaimanapun dalam kejadian kira-kira 12 pagi itu menyebabkan empat buah bot iaitu dua kelas B dan dua kelas C terbakar.

Katanya, seramai 32 anggota dari BBP Endau, BBP Mersing, BBP Kuala Rompin dan pasukan bomba sukarela Endau telah dihantar ke lokasi kejadian.

“Kebakaran disedari orang awam yang melalui jeti tersebut. Dimana menurut saksi pada awalnya hanya melihat api dari salah sebuah bot yang berada di tengah-tengah bot yang lain.

“Orang awam kemudian bertindak memotong tali bot dan cuba mengalihkan bot dari yang lain. Ketika itu keadaan air surut dan bot berkenaan terdampar kira-kira 100 meter dari tebing jambatan Endau dan medan selera disitu.

“Tindakan orang awam itu berjaya mengelakkan kebakaran lebih besar berlaku di jeti berkenaan. Difahamkan terdapat lebih 20 buah bot ketika itu kerana ada nelayan yang baru sahaja pulang dari laut selain ada juga yang hendak keluar ke laut,”katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI