fbpx

Natijah amarah selebriti dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA selebriti popular yang pernah terlibat atau mencetuskan pergaduhan.

BINTANG Hollywood terkenal, aktor Will Smith mengejutkan dunia hiburan global apabila bertindak menampar pelawak popular, Chris Rock di pentas Anugerah Akademi (Oscar) ke-94 baru-baru ini.

Pelakon filem Men in Black itu gagal mengawal emosinya apabila Chris Rock selaku pengacara menjadikan kepala botak isterinya, Jada Pinkett Smith sebagai bahan jenaka dalam acara tersebut.

Isteri Will Smith mencukur botak kerana masalah keguguran rambut berikutan penyakit autoimun yang dihadapinya iaitu alopecia areata.

Kejadian ‘keganasan’ yang disaksikan secara langsung di seluruh dunia itu mencalarkan reputasi Will Smith sebagai pelakon yang dihormati. Namun, begitu tiada laporan polis dibuat dan kedua-dua mereka telah melakukan permohonan maaf secara terbuka.

Minggu ini, Gala menyenaraikan beberapa kisah sensasi melibatkan ‘pergaduhan’ yang pernah dicetuskan selebriti popular dunia.

Kanye West – Taylor Swift

Satu lagi kejadian di atas pentas anugerah yang tidak dapat dilupakan adalah tindakan penyanyi Kanye West yang mengganggu ucapan Taylor Swift ketika menerima anugerah Video Muzik Penyanyi Wanita Terbaik pada MTV Video Music Awards (VMA) 2009.

TINDAKAN Kanye West yang mengganggu ucapan Taylor Swift pada pentas VMA2009 menjadi buah mulut ramai.

Kanye menimbulkan kontroversi apabila secara tiba-tiba naik ke atas pentas ketika Taylor Swift sedang memberi ucapan kemenangannya.

Tindakannya berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan kemenangan Swift yang menewaskan Beyonce dengan muzik video lagu Single Ladies.

Rihanna – Chris Brown

Penyanyi Chris Brown ditahan pihak berkuasa sebelum berlangsungnya Grammy Awards pada 2009 kerana memukul kekasihnya ketika itu, penyanyi Rihanna.

Malah, gambar wajah Rihanna yang cedera dipukul Brown turut tersebar. Dalam dokumentari Chris Brown: Welcome To My Life, penyanyi itu menyesali dan malu dengan tindakannya memukul Rihanna.

Tidak berakhir di situ, pada 2013, Brown sekali lagi ditahan polis kerana menumbuk muka seorang lelaki yang mahu bergambar dengannya.

Shah Rukh Khan

Bintang Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) dilarang untuk masuk ke stadium Wankhede Mumbai selama lima tahun pada 2012 kerana bergaduh dengan pengawal keselamatan perlawanan kriket Indian Premier League.

Mempertahankan perbuatannya, SRK berkata, tindakannya berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan layanan kanak-kanak yang dibawa bersamanya.

GAMBAR yang dirakam lensa kamera ketika Shah Rukh Khan bertikam lidah dengan pengawal keselamatan di Stadium Wankhede Mumbai.

Presiden Mumbai Cricket Association (MCA) Vilasrao Deshmukh menjelaskan sikap aktor itu tidak sopan dan bertentangan dengan peraturan.

Namun, selepas lima tahun kemenangan berpihak kepada bintang Dilwale itu apabila pihak polis mengesahkan SRK tidak berada dalam keadaan mabuk bahkan tidak menggunakan sebarang kata-kata kesat di hadapan kanak-kanak.

Solange – Jay-Z

AMARAH dalam kalangan selebriti juga berlaku antara penyanyi Jay-Z dan adik iparnya, Solange semasa parti Met Gala 2014.

GAMBAR yang dirakam ketika Solange, Beyonce dan Jay Z menghadiri parti Met Gala 2014.

Menerusi kejadian yang berlaku di dalam lif itu, Solange dikatakan menumbuk dan menendang Jay-Z, manakala Beyonce dikatakan hanya berdiri melihat pergaduhan antara suami dan adiknya yang terpaksa dileraikan oleh pengawal keselamatan.

Difahamkan Solange bertindak sedemikian kerana berang dengan kecurangan Jay-Z terhadap kakaknya.

Salman Khan – Vivek Oberoi

Aktor terkenal Bollywood, Salman Khan memang dikenali sebagai seorang yang panas baran dan sering bertelagah dengan pihak media.

Selain itu, aktor Vivek Oberoi pernah mengadakan sidang akhbar pada 2003 dan mendakwa menerima 41 panggilan telefon daripada Salman yang menganggu dan mengugut mahu membunuhnya, gara-gara rapat dengan kekasihnya ketika itu Aishwarya Rai.

Terdapat khabar angin mendakwa Salman turut pernah melempang aktor Ranbir Kapoor di sebuah pub.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI