fbpx

Suami berkorban demi isteri, anak tercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan lelaki sanggup berkorban dan menolak isterinya

PETALING JAYA – Kasih sayang seorang insan bergelar suami atau ayah terhadap keluarganya sememangnya tidak boleh dibeli dengan mata wang.

Menerusi satu hantaran di Facebook Kepala Berputar memaparkan seorang lelaki yang juga suami menolak seorang perempuan difahamkan isterinya yang terpaksa duduk di kerusi roda sambil memeluk anaknya yang masih bayi.

Video berdurasi 38 saat yang tular di media sosial turut menunjukkan lelaki itu gagah dan sanggup menolak isterinya di tengah panas kerana kasih dan sayang terhadap keluarganya.

Namun, lokasi dan masa kejadian tidak dapat dipastikan.

Rata-rata orang ramai sangat bersimpati terhadap nasib keluarga itu dan berharap agar semua urusan mereka dipermudahkan.

“Ya Allah, pengorbanan seorang ayah dan suami, semoga diberikan kesihatan yang sihat dan dimurahkan rezeki untuknya, aminnn,” kata Siti Noorsoleha.

“Semoga Allah sentiasa melindungi hambaNya, sebak tengok keadaan keluarga ini, semoga dipermudahkan segala urusan mereka,” jelas Nurul Yaya.

Sementara itu, Lizz Layana turut memberi reaksi positif berdasarkan klip video tersebut.

“Miskin di mata manusia, tapi kaya di mata Allah sebab menjaga amanah Allah dengan baik, Alhamdulillah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tangkap layar memaparkan lelaki sanggup berkorban dan menolak isterinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI