fbpx

Sekolah di Switzerland kenakan yuran termahal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ dari udara menunjukkan Institut Le Rosey yang dianggap sekolah termahal di dunia. – Spear’s

BERN – Sebuah sekolah di Switzerland merupakan sekolah paling mahal di dunia apabila mengenakan yuran tahunan bagi setiap pelajar melebihi AS$130,000 (RM546,455), lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Institut Le Rosay merupakan antara sekolah paling mahal dan ekslusif di dunia.

Switzerland mempunyai sekurang-kurangnya 10 buah sekolah dengan yuran pengajian tahunan melebihi AS$75,000 (RM315,262.50), namun Institut Le Rosay adalah yang termahal. Institut berkenaan merupakan sekolah berasrama penuh yang sudah lama ditubuhkan dan memiliki  senarai alumni yang mengagumkan.

Institut Le Rosay dikenali sebagai ‘sekolah raja-raja’. Antara monarki yang pernah belajar di sekolah berkenaan termasuk Raja Juan Carlos (Sepanyol), Raja Fuad II (Mesir), Raja Albert II (Belgium), Shah Iran dan Puteri Marie-Chantal dari Greece. 

Sebagai medium yang mendidik keluarga terkenal di Eropah selama lebih satu abad, bukan sesuatu yang menghairankan untuk Institut Le Rosay mengenakan yuran melebihi $130,000 (RM546,455) bagi seorang pelajar.

Ditubuhkan pada 1880 oleh Paul Carnal, Le Rosay adalah satu-satunya sekolah berasrama penuh dilengkapi dua kampus, sebuah kompleks yang luas di Le Rolle, pinggir tasik Geneva, di samping kolam renang bersaiz Olimpik, gelanggang tenis, padang sasar, pusat ekuestrian, dewan konsert dan kampus musim sejuk di Gstaadt.

Nisbah guru dan pelajar pula adalah 150 guru bagi setiap 420 pelajar. Setiap kelas pula mempunyai kurang daripada 10 pelajar bagi memastikan semua pelajar mendapat perhatian yang sewajarnya.

Institut Le Rosay menamakan dirinya sebagai institusi inklusif antarabangsa yang hanya akan mengambil 10 peratus pelajar bagi setiap negara. Harga yuran yang mahal memastikan hanya golongan elit dan keluarga terkaya di dunia berpeluang untuk diterima masuk. 

Daripada 420 kekosongan yang tersedia untuk pelajar berumur 7 hingga 18 tahun, seramai 30 pelajar dapat bersekolah di Institut Le Rosay kerana ibu bapa mereka mengajar di sana dan hanya tiga pelajar menerima biasiswa setiap tahun. Selebihnya perlu membayar yuran pengajian penuh. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI