fbpx

Tiada unsur culik babitkan kes Sofia Raniya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik Sofia Raniya yang ditemui baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan terdapat unsur culik membabit kes kehilangan adik Sofia Raniya semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan culik membabitkan mangsa.

“Setakat yang saya dimaklumkan, kanak-kanak ini tersalah menaiki van sekolah dan apabila penjaganya tiba di sekolah, mangsa telah tiada.

“Pengawal keselamatan di sekolah tersebut juga ada memaklumkan ada menyedari kanak-kanak itu mengikuti rakan sekolahnya sebelum ditemui di pondok pengawal kondominium Holmes, Bandar Tun Razak,” katanya.

Azmi (kiri) bersama Timbalan Pengarah II Pusat Darah Negara, Dr. Nor Nazahah Mahmud dan Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur, Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif (kanan) beramah mesra dalam Majlis Perasmian Kempen Derma Darah sempena Hari Polis ke-215 yang berlansung di IPK Kuala Lumpur di sini, hari ini. – FOTO: MUHAMAD IQBAL ROSLI

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Kempen Derma Darah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berharap terdapat inisiatif atau langkah proaktif dari pihak sekolah bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Mungkin pihak sekolah boleh meletakkan tanda khas di van sekolah bagi memastikan pelajar sekolah tidak keliru.

“Kita sedia maklum, pelajar-pelajar ini telah lama tidak bersekolah secara bersemuka jadi mungkin terdapat kekhilafan atau perkara tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Terdahulu, adik Sofia Raniya yang merupakan pelajar sekolah darjah 2 di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1, Cheras dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sebaik tamat persekolahan.

Bagaimanapun, ibu mangsa yang dikenali sebagai Ryana mengesahkan anaknya telah berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerusi siaran langsung di Facebooknya malam semalam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI