fbpx

Pelajar tidur dalam laci meja di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang pelajar sekolah rendah tidur di dalam laci sebuah meja. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video mendapat perhatian netizen di Indonesia apabila memaparkan seorang murid sekolah rendah sedang tidur di dalam laci meja di bilik darjah, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik menerusi akaun Instagram bernama @penajamterkini_net.

Pembelajaran secara bersemuka kembali berlangsung di beberapa kawasan di Indonesia termasuk di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti.

Menerusi rakaman tersebut, seorang pelajar kelihatan sedang tidur di dalam laci sebuah meja kerana tidak tahan mengantuk. Badannya yang kecil membolehkannya muat di ruang sempit  itu.

Pelajar itu dicari oleh guru dan rakan sekelas sehingga seorang wanita berjaya menemuinya di dalam laci meja. Dia kelihatan tidur dengan begitu nyenyak sambil beralaskan tangannya sebagai pengganti bantal.

Rakan-rakan sekelas berulang kali memanggil namanya, namun pelajar berkenaan terus tertidur.

Video itu kemudian mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Muat ya,’’ tulis seorang netizen.

“Mesti nanti ibu bapa dia panik ketika habis waktu sekolah, anaknya tidak pulang,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI