fbpx

Malaysia mahu libatkan Brunei, Thailand dalam perjanjian TCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin - FOTO: AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) berhasrat melibatkan Brunei dan Thailand menerusi Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) bagi meningkatkan keselamatan perairan Selat Melaka serta laut Sulu dan Sulawesi.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sudah tiba masa untuk Brunei menyertai TCA dan membentuk perjanjian kuartet antara Malaysia, Indonesia dan Filipina.

“Jika kita tidak berdepan ancaman yang serupa seperti di laut Sulu dan Sulawesi, saya percaya bahawa tidak mungkin kerjasama trilateral bersama Indonesia dan Filipina berjaya seperti hari ini.

“Sekiranya mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, kita berharap dapat menjadikan TCA kepada kuartet empat negara demi menjaga keselamatan di Laut Sulu dan Sulawesi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sedang akhbar selepas merasmikan Majlis Penghargaan dan Pengumuman Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Kebangsaan
Keselamatan (NATSEC) Asia 2024, di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, penyertaan Thailand juga penting untuk mengenal pasti ancaman di Selat Melaka dan menjaga keselamatan di perairan tersebut.

“Sudah tentu kami mahu libatkan semua negara, tetapi kita perlu mencari kepentingan bersama, jika tidak, susah untuk kita libatkan empat negara berdaulat untuk bekerjasama rapat.

“Jalan terbaik adalah dengan menangani ‘musuh bersama’, menghadapi cabaran sama dan juga berkongsi aset disebabkan kekangan ekonomi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI