fbpx
KEBANYAKAN ubat herba dan tradisional di pasaran sudah dicampur dengan racun berjadual. – GAMBAR HIASAN

Keluarga takut tengok muka pucat, badan menggigil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Seorang wanita tidak menyangka pil herba yang diambil bagi mengubati penyakit kencing manis rupanya mendatangkan mudarat apabila dia se­ring menggigil dan pucat hingga menakutkan ahli keluarganya.

Hafizah (bukan nama sebenar), 53, memberitahu, dia sering menukar ubat bagi penyakitnya sehinggalah dia berkenalan de­ngan seorang peniaga pada 2020.

“Tidak lama selepas makan ubat yang disyorkan dengan harga RM10 sepapan, saya sering menggigil dan wajah pula pucat sehingga ahli keluarga berasa takut.

“Mereka menasihatkan saya supaya berhenti makan pil itu dan cuba menghubunginya tetapi gagal. Saya rasa tertipu tetapi bernasib baik keadaan belum terlalu teruk,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Afifi (bukan nama sebenar), 32, berkata, dia terpedaya selepas melihat iklan minuman pelangsing badan.

“Sebelum ini saya tidak me­ngendahkan iklan sedemikian sehinggalah rakan saya membuat ulasan mengenainya. Saya beli produk tradisional itu pada harga RM59.90.

“Selepas beberapa hari makan, badan mula rasa tak sedap, cepat berpeluh dan kerap ke tandas hingga badan saya lembik,” katanya.

Menurut Afifi, selepas beberapa bulan dia berasa tertipu selepas mendapat tahu produk itu berbahaya kerana mempunyai campuran herba dan ubat-ubatan moden. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN