SEORANG lelaki mengambil sebiji telur yang dijadikan sesajen untuk dimakan. - AGENSI

Lelaki santai makan hidangan makhluk halus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Aksi seorang lelaki yang memilih untuk makan sesajen atau hidangan untuk makhluk halus tular di media sosial, lapor laman berita Lambe Turah.

Kejadian unik itu dimuat naik oleh akaun TikTok @pedirenjaya. 

Dalam video dikongsikan, seorang lelaki yang sedang melalui  sebuah jambatan dengan menaiki motosikal dilihat berhenti setelah melihat sesajen  di tepi jambatan.

Dia mendekati bekas sesajen tersebut dan tanpa ragu-ragu, mengambil sebiji telur di dalamnya.

Tanpa rasa takut, lelaki itu terus mengupas dan makan telur tersebut di situ juga sebelum meneruskan perjalanannya.

Momen tersebut dengan pantas mencuri perhatian netizen selepas dimuat naik  ke pelbagai platform media sosial. 

Ramai netizen mengaku terkejut dan hairan dengan keberanian lelaki itu, memandangkan sebahagian masyarakat masih menganggap sesajen mempunyai unsur mistik.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN