fbpx

Haas keluar belanja besar baiki jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA yang dipandu Mick berkecai selepas dia terlibat dalam insiden kemalangan pada sesi kelayakan GP Arab Saudi minggu lalu. – AFP

JEDDAH – Pasukan Formula Satu (F1) Haas pasrah selepas melihat kerosakan jentera susulan insiden melibatkan pemandu­nya, Mick Schumacher yang mengalami kemalangan ketika sesi kelayakan Grand Prix Arab Saudi pada Ahad lalu.

Anak kepada juara dunia F1 tujuh kali, Michael Schumacher tersebut bernasib baik tidak mengalami sebarang kecede­raan serius meskipun jenteranya terbabas dan menghentam penghadang litar di Jeddah pada kelajuan yang tinggi.

Bagaimanapun, pasukan Haas memerlukan kira-kira AS$500,000 (RM2.1 juta) hingga AS$1 juta (RM4.21 juta) untuk membaiki semula jentera mereka menjelang perlumbaan GP Australia yang berlangsung pada 10 April depan.

Ketika ini, Haas terpaksa me­lakukan langkah penjimatan selepas hilang puluhan juta dollar akibat tindakan mereka menamatkan kontrak pemandu Rusia, Nikita Mazepin serta penaja utama, Uralkali selepas me­nerima tekanan ekoran pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

“Saya rasa kos keseluruhan agak tinggi kerana komponen penting semua hancur kecuali bahagian depan kiri jentera.

“Saya tidak tahu nilai keseluruhan kerosakan tersebut tetapi dari kotak gear dan keseluruhan badan jentera termasuk radiator semua hilang. Mungkin ia akan melibatkan nilai antara AS$500,000 hingga AS$1 juta.

“Ia adalah jumlah biasa yang akan dihadapi pasukan sekiranya berdepan situasi seperti ini. Dalam pasukan perlumbaan, anda tidak boleh bergantung harap pada bajet seperti perniagaan komersial di luar sana.

“Perlumbaan seperti ini sentiasa wujud risiko. Pastinya terdapat kerugian di situ tetapi anda perlu bijak menguruskan­nya dan saya harap insiden se­perti ini tidak berlaku lagi,” kata Ketua Pasukan Haas, Guenther Steiner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI