fbpx

Petrol RON97 naik 8 sen mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 naik kembali bermula esok hingga 6 April depan iaitu daripada RM3.83 kepada RM3.91 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel pula kekal masing-masing pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Katanya, kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI