fbpx

Peperiksaan STAM 2021 bermula 5 April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Lembaga Peperiksaan (LP) memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 akan dilaksanakan pada 5 hingga 14 April depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 5,089 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM 2021 di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan ini, seramai 1,038 petugas peperiksaan telah dilantik.

“LP ingin mengingatkan semua calon peperiksaan STAM 2021 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung,” katanya hari ini.

Menurutnya, jadual waktu peperiksaan STAM 2021 boleh dimuat turun dari portal rasmi LP di http://lp.moe.gov.my.

Katanya, calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI