fbpx

Malaysia peroleh RM70 bilion nilai perdagangan, pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika berucap pada Majlis Apresiasi Ekspo 2020 Dubai di Club 2020, Emaar di sini hari ini.

DUBAI – Malaysia berjaya memperoleh RM70 bilion secara keseluruhan bagi nilai perdagangan, pelaburan dan business leads selepas 26 minggu menyertai Ekspo 2020 Dubai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam berkata, ia melebihi sasaran awal iaitu antara RM8 bilion hingga RM10 bilion bagi potensi peluang perdagangan dan pelaburan.

Menurut beliau, sasaran ditetapkan itu adalah berdasarkan pencapaian Malaysia di Ekspo Astana, Kazakhstan pada 2017.

Ismail Sabri ketika meninjau gerai pameran pada pameran di Ekspo 2020, di Club 2020, Emaar di sini hari ini.

Katanya, nilai RM70 bilion itu diperolehi melalui 131 memorandum persefahaman (MoU) atau perjanjian perkongsian dan pertanyaan perniagaan melibatkan sejumlah 4,558 mesyuarat, termasuk potensi padanan perniagaan.

“Sukacita juga saya umumkan satu lagi pencapaian membanggakan Pavilion Malaysia sejak bermulanya penganjuran Ekspo 2020 Dubai sehingga semalam, Pavilion Malaysia telah menerima 1.1 juta pengunjung. Syabas diucapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Apresiasi Ekspo 2020 Dubai di Club 2020, Emaar di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Pavilion Malaysia telah menerima kunjungan lebih daripada 130 delegasi peringkat tinggi antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Oman, India dan Myanmar.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan berharap agar Hab Teknologi dan Inovasi Malaysia menjadi pencetus inspirasi kepada inovator masa hadapan.

Sehubungan itu, beliau berkata, Aerodyne Group akan menjadikan Pavilion Malaysia sebagai ibu pejabat kedua global dan semua kos operasi akan diuruskan oleh pihak berkenaan.

Tambah beliau, Malaysia juga bersedia untuk menyertai Ekspo Dunia yang akan diadakan di Osaka, Jepun pada 2025.

“Ini membuktikan prinsip Malaysia yang berpegang kepada dasar neutral dan mengekalkan hubungan aman dengan semua negara dalam meningkatkan lagi hubungan dengan negara lain di rantau ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI