fbpx

Juruterbang pelatih cedera pesawat tergelincir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pesawat jenis Diamond-14 yang tergelincir ketika mendarat di LTAL di Langkawi malam ini.

LANGKAWI – Seorang juruterbang pelatih wanita cedera selepas pesawat dikendalikannya tergelincir semasa melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, malam ini.

Mangsa yang berusia 28 tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan pada bahagian pinggang dan lutut kedua-dua belah kaki.

Juruterbang terbabit dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini dengan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah.

Pengarah JBPM negeri, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 8.15 malam tadi.

“Setibanya di lokasi didapati benar kemalangan melibatkan sebuah pesawat latihan jenis Diamond-14 tergelincir daripada landasan ketika pesawat sedang mendarat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, seorang mangsa yang merupakan juruterbang pesawat berkenaan didapati cedera dan dikeluarkan daripada pesawat oleh pasukan bomba LTAL sebelum dikejarkan ke HSM.

Sementara itu, sekurang-kurangnya dua penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) ditangguhkan kerana landasan LTAL ditutup ekoran insiden tersebut – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI